Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga
39. Pelaburan
Feedback & support(1)
Wang Lembaga hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memperoleh dan membangunkan tanah dan harta bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa rundingan, perkiraan atau perjanjian sebagaimana yang perlu untuk menghasilkan pendapatan yang dikehendaki bagi pengendalian Lembaga.