Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Kewangan
32. Kumpulan Wang
Feedback & supportMaka adalah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai “Kumpulan Wang
Lembaga Minyak Sawit Malaysia”, yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud
Akta ini oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri;
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;
28
Undang-Undang Malaysia
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 35;
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 71;
wang yang dipungut oleh Lembaga di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan dalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;
wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar
Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia;
dan
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.