Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
3. Lembaga dan matlamatnya
Feedback & supportMaka adalah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Minyak Sawit Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Matlamat Lembaga adalah—
untuk memajukan dan membangunkan industri kelapa sawit Malaysia; dan
untuk memajukan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kelapa sawit
Malaysia dengan cara yang teratur.
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.