Seksyen 29
Pelaburan
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
ActIn forceProvision 29 of 71
Seksyen 29
(1)
Wang Lembaga hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memperoleh dan membangunkan tanah dan harta bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa rundingan, perkiraan atau perjanjian sebagaimana yang perlu untuk menghasilkan pendapatan yang dikehendaki bagi pengendalian Lembaga.