Skip to content

Seksyen 33

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 33 of 71
Seksyen 33

(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri

Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga, untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh

Lembaga pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya.

(2)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).