Seksyen 12
Pengurusan dan pentadbiran Perbadanan
of Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 1962
Semua kuasa Perbadanan hendaklah terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh Lembaga kecuali setakat yang kuasa itu dikehendaki secara nyata oleh Akta ini atau oleh kaedah-kaedah untuk dijalankan oleh Perbadanan dalam mesyuarat agung atau diberi kuasa untuk diwakilkan oleh Lembaga.
(2)
Lembaga boleh mewakilkan semua atau mana-mana bahagian daripada kuasa Perbadanan yang terletak hak pada atau boleh dijalankan oleh Lembaga kepada Jawatankuasa Pengurusan.
(3)
Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik
Pengerusi Perbadanan.
(4)
Lembaga boleh melantik seorang Timbalan Pengerusi
Perbadanan.