Skip to content

Seksyen 2

of Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 1962

ActIn forceProvision 2 of 19

Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Lembaga” ertinya Lembaga Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996

[Akta 551];

“undang-undang kecil” ertinya mana-mana undang-undang kecil yang dibuat oleh Lembaga menurut kuasa yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah subseksyen 12(3);

“Perbadanan” ertinya Pasaran Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah subseksyen 12(4);

“Jawatankuasa Pengurusan” ertinya Jawatankuasa Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Lembaga Getah Malaysia

(Perbadanan) 1996;

“Anggota” ertinya seseorang yang namanya terdapat dalam daftar;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi industri getah;

“orang” ertinya seseorang individu dan mana-mana syarikat atau perbadanan tetapi tidak termasuk suatu firma perkongsian atau badan yang tidak diperbadankan lain atau persatuan;

Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)

7

“daftar” ertinya daftar anggota menurut seksyen 9;

“kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 14;

“Setiausaha” ertinya setiausaha Perbadanan yang dilantik di bawah Akta ini.

(2)

Akta ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan bersekali dengan

Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996.

(3)

Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan berlaku antara peruntukan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996

dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta itu hendaklah mengatasi.