Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 1962 · Updated to 5 Dec 2024 · Bahagian VI · Pelbagai
14. Kuasa untuk membuat Kaedah-kaedah
Feedback & supportAdalah sah bagi Perbadanan untuk membuat kaedah-kaedah, yang selaras dengan Akta ini—
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
untuk menetapkan borang permohonan bagi keanggotaan;
untuk mengawal selia pemilihan anggota dan untuk menetapkan fi kemasukan dan yuran;
untuk membentuk dan menentukan pelbagai kategori atau kelas anggota dan untuk menentukan hak, keistimewaan dan obligasi anggota dan setiap kategori dan kelas itu masing-masing;
untuk mengadakan peruntukan bagi penggantungan, pembatalan atau penamatan keanggotaan;
untuk mengawal selia penyenggaraan piawaian pengendalian yang sepatutnya dalam menjalankan perdagangan getah dan untuk membuat urusan mengenai pelanggaran yang sama itu;
(dimansuhkan oleh Akta A959);
untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa dan kewajipan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi;
untuk mengadakan peruntukan bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat Perbadanan;
untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang
Setiausaha dan pegawai lain Perbadanan;
untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan, pengauditan dan pembentangan akaun;
untuk memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat undang-undang kecil sebagaimana yang suai manfaat; dan
bagi apa-apa maksud lain sama ada yang serupa jenis yang terdahulu atau tidak, perlu atau suai manfaat dalam atau mengenai pengurusan Perbadanan atau bagi melaksanakan mana-mana tujuan Perbadanan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 402