Skip to content

Seksyen 3

of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022

ActIn forceProvision 3 of 73

Seksyen 3

(1)

Sekiranya mana-mana kesalahan di bawah seksyen 15

dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 834

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai sekiranya kesalahan itu dilakukan terhadap—

(a)

mana-mana warganegara Malaysia; atau

(b)

apa-apa harta yang terletak di luar Malaysia yang dipunyai, atau dikendalikan atau dikawal oleh, secara keseluruhan atau sebahagiannya, Kerajaan atau Kerajaan mana-mana

Negeri di Malaysia, termasuk premis diplomatik atau konsular Malaysia, mana-mana warganegara Malaysia, atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia.

(3)

Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana kesalahan di bawah seksyen 24, 25, 27, 30, 36, 37 dan 43 yang dilakukan oleh mana-mana warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia, di mana-mana tempat di luar Malaysia dan warganegara, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan itu boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.