Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian VIII · Insiden dan Kemalangan
43. Pemberitahuan insiden dan kemalangan
Feedback & support(1)
Seseorang pemegang lesen, pemegang permit pelancaran atau pemegang perakuan pelancaran hendaklah dengan segera memberitahu Penguasa Angkasa mengenai apa-apa insiden atau kemalangan berkenaan dengan objek angkasa atau kemudahan pelancar yang dengannya lesen, permit pelancaran atau perakuan pelancaran itu berkaitan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.