Skip to content
In forceUpdated to 25 Jan 2022Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan Lain

41. Penemuan objek angkasa, dsb., dan personel, dsb., kapal angkasa

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menemukan apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu merupakan suatu objek angkasa atau objek yang berasal dari angkasa, atau orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu merupakan personel atau penumpang suatu kapal angkasa, hendaklah memberitahu Penguasa Angkasa atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai penemuannya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Report

Bahagian VIII

Insiden dan Kemalangan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X