Skip to content

Seksyen 37

Pemberitahuan perubahan berhubung dengan objek angkasa

of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022

ActIn forceProvision 37 of 73
Seksyen 37
(1)

Mana-mana pemunya yang objek angkasanya telah didaftarkan di bawah seksyen 36 hendaklah memberitahu Penguasa

Angkasa sekiranya—

(a)

objek angkasa itu telah terhenti daripada beroperasi;

(b)

objek angkasa itu telah musnah secara fizikal; atau

(c)

terdapat apa-apa perubahan kepada butir-butir yang diberikan mengenai objek angkasa itu bagi maksud pendaftaran.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.