Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian VI · Tanggungan
40. Obligasi untuk menanggung rugi Kerajaan
Feedback & supportSeseorang penyedia perkhidmatan pelancaran hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasa dari kemudahan pelancar di dalam Malaysia.
Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pelancaran objek angkasanya dari kemudahan pelancar di luar Malaysia.
Lembaga Angkasa Malaysia 29
Seseorang warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia yang merupakan pemunya suatu objek angkasa hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan dan prosiding yang dibawa terhadap Kerajaan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh pengendalian objek angkasanya yang telah dilancarkan ke orbit bumi atau melepasinya.
Apa-apa tanggung rugi yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) boleh dituntut sebagai suatu hutang sivil yang terhutang kepada Kerajaan.