Seksyen 73
Peruntukan peralihan
of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022
Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, sedang menjalankan aktiviti yang baginya kehendak lesen di bawah Akta ini terpakai hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon untuk mendapatkan suatu lesen di bawah Akta ini.
(2)
Sementara menunggu penentuan permohonan itu, orang itu boleh terus menjalankan aktiviti itu.
(3)
Mana-mana warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia, yang objek angkasa kepunyaannya telah dilancarkan ke dalam orbit bumi atau melepasinya daripada kemudahan pelancar di dalam atau di luar Malaysia sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, mendaftarkan objek angkasa itu dengan Penguasa Angkasa mengikut Akta ini.