Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014Read it in English
Contents

17. Kuasa untuk menggantung, membatalkan atau enggan untuk membaharui pendaftaran

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa apa-apa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya sesuatu pendaftaran telah dilakukan telah tidak dipatuhi oleh orang berdaftar itu atau bahawa penerusan pendaftaran itu akan melanggar Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya, menggantung, membatalkan atau enggan untuk membaharui pendaftaran itu.

(2)

Jika ternyata pada Lembaga berpendapat bahawa seseorang yang berdaftar telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya, Lembaga boleh meminta orang itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan, menunjukkan sebab kenapa pendaftarannya tidak patut digantung atau dibatalkan.

(3)

Seseorang yang diminta untuk menunjukkan sebab di bawah subseksyen (2)—

(a)

hendaklah diberikan oleh Lembaga butir-butir, secara bertulis, mengenai pelanggaran yang dikatakan itu;

dan

(b)

boleh, jika dia berhasrat sedemikian, hadir pada pendengaran oleh Lembaga atau diwakili pada pendengaran itu oleh seorang lain yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.

(4)

Jika selepas pendengaran itu, Lembaga berpendapat bahawa orang yang diminta untuk menunjukkan sebab itu gagal menunjukkan sebab, Lembaga boleh, walau apa pun apa-apa tindakan jenayah yang mungkin dibawa terhadapnya, menggantung atau membatalkan pendaftarannya:

Dengan syarat bahawa apa-apa penggantungan pendaftaran di bawah peruntukan ini tidak boleh melebihi tempoh enam bulan.

(5)

Seseorang yang pendaftarannya telah dibatalkan atau telah, dengan keengganan oleh Lembaga, tidak dibaharui—

(a)

tidak boleh didaftarkan semula selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh pembatalan atau keengganan untuk membaharui itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga pada masa pembatalan atau keengganan untuk membaharui itu; dan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)

(b)

hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian oleh

Lembaga secara bertulis, menyerahkan balik kepada

Lembaga perakuan pendaftarannya dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga.

(5a)

(a)

Lembaga tidak boleh enggan untuk membaharui pendaftaran seseorang berdaftar di bawah subseksyen (1)

tanpa terlebih dahulu memberi orang itu suatu peluang untuk didengar.

(b)

Jika Lembaga enggan untuk membaharui pendaftaran seseorang berdaftar di bawah subseksyen (1) ia hendaklah memberitahu orang itu secara bertulis yang bermaksud sedemikian dengan menyatakan sebab bagi keengganan itu.

(6)

Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak mematuhi kehendak Lembaga di bawah perenggan (5)(b) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules