In forceUpdated to 1 Jan 2014Current version · Updated to 1 Jan 2014
18B. Anggapan tentang eksport
Feedback & supportBerhubung dengan eksport, kayu hendaklah disifatkan dibawa atau disebabkan dibawa keluar dari Malaysia jika—
(a)
permit atau pemerakuan untuk pengeksportannya telah dikeluarkan oleh Lembaga;
(b)
ia telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di stesen kastam yang terakhir dalam laluannya keluar dari
Malaysia;
(c)
ia telah dimuatkan ke dalam suatu vesel atau pesawat udara yang hampir berlepas dari suatu pelabuhan atau jeti atau tempat di Malaysia; atau
(d)
ia telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di depoh pelepasan dalam negeri atau di stesen kastam dalam negeri dalam laluannya keluar dari Malaysia melalui suatu pelabuhan kastam atau lapangan terbang.