Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian VI · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan
38. Perpindahan hak milik harta
Feedback & support(1)
Segala tanah yang terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud, Lembaga yang dahulu sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan dirizabkan bagi maksud Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
(2)
Segala harta dan aset, selain tanah yang terletak hak pada
Lembaga yang dahulu atau pada mana-mana orang bagi pihak
Lembaga yang dahulu sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.