Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014Read it in English

Bahagian VI · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

40. Penerusan prosiding jenayah dan sivil

Feedback & support
(1)

Baik pemansuhan di bawah seksyen 36 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum kerana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga yang dahulu atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Lembaga sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga yang dahulu atau orang itu jika Akta ini tidak diluluskan.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga yang dahulu menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap

Lembaga.

64

Undang-Undang Malaysia

Report