Martial Arts Societies Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Majlis Penyeliaan Seni Mempertahankan Diri
10. Minit-minit
Feedback & supportPengerusi atau Timbalan Pengerusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuarat
Majlis disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam kesemua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Majlis berkenaan dengan perjalanan yang minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ahli yang hadir di mesyuarat itu telah layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
10
Undang-Undang Malaysia