Martial Arts Societies Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Majlis Penyeliaan Seni Mempertahankan Diri
6. Jawatan disifatkan dikosongkan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Majlis hendaklah disifatkan dikosongkan—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis;
sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri;
atau
jika pelantikannya dibatalkan.
Jika mana-mana anggota terhenti menjadi seorang anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.