Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Kuasa Lain Lembaga
28. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
Feedback & support(1)
Lembaga boleh dari semasa ke semasa dengan Perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksanakan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga pada melaksanakan kewajipannya atau pada menjalankan fungsinya.
(2)
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).