Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian V · Kuasa Lain Lembaga

29. Pengambilan tanah dengan paksa

Feedback & support
(1)

Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang pada masa ini berkuat kuasa di Negeri itu, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga; dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang boleh dikenakan atas harta itu.

Report

Bahagian VI

Schedules