Skip to content

Seksyen 40

Seksyen 88 Akta ibu dipinda—

of Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 44 of 63
Seksyen 40

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1 ) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis boleh—

(a)

menangkap tanpa waran—

(i)

mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan yang adalah suatu kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593]; atau

(ii)

mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan selain kesalahan yang dinyatakan dalam subperenggan (i), jika orang itu enggan menyatakan nama dan alamatnya atau menyatakan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah menyatakan nama atau alamat palsu atau dia mungkin akan melarikan diri;

dan

(b)

boleh menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “Penolong Pegawai Hutan Daerah,” perkataan

“mana-mana pegawai yang diberi kuasa,”.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1667