Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022

Feedback & supportAmends the National Forestry Act 1984

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perhutanan Negara

(Pindaan) 2022 dan adalah terpakai di seluruh Malaysia.

(2)

Akta ini tidaklah boleh berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri melainkan ia telah diterima pakai oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri menurut Fasal (3)

Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.

(3)

Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memotong takrif “anggota angkatan tentera”;

(b)

dalam takrif “hasil hutan”—

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“batu batan” dengan perkataan “bahan batu”;

(ii)

dalam perenggan (b)—

(A)

d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s subperenggan (ii) subperenggan yang berikut:

“(iii) tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada

Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008

[Akta 686];”; dan

(B)

d e n g a n m e n o m b o r k a n s e m u l a subperenggan (iii) sedia ada sebagai subperenggan (iv);

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “kawasan lesen” takrif yang berikut:

‘ “kawasan lesen kecil” ertinya kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu yang diliputi oleh suatu lesen kecil mengikut seksyen 29a;’;

(d)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “take”, dengan menggantikan perkataan “cattle” dengan perkataan

“livestock”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai polis” takrif yang berikut:

‘ “pegawai yang diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 3a;’;

Perhutanan Negara (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “pokok” takrif yang berikut:

‘ “premis” termasuklah apa-apa rumah, bangunan, pondok, bangsal, struktur, platform dan tanah sama ada dipagar atau dibina di atasnya atau tidak;’;

(g)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “ternakan”, dengan memotong perkataan “gajah,”;

(h)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas takrif “licensee” takrif yang berikut:

‘ “livestock” includes buffalo, horse, pony, mule, ass, pig, sheep and goat;’; dan

(i)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan memotong takrif

“cattle”.

s 3Seksyen baharu 3a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3

seksyen yang berikut:

“Pegawai yang diberi kuasa 3a. Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai Jabatan Perhutanan

Persekutuan untuk menjalankan kuasa yang diberikan di bawah

Bahagian VIII

Bahagian VIII.”.