Seksyen 34
Seksyen 83 Akta ibu dipinda—
of Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022
Amendment ActIn forceProvision 36 of 63
Seksyen 34
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Larangan membuang sampah-sarap”;
(b)
dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan
“secara mengganggu”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”; dan
(d)
dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan
“secara mengganggu”.