Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Bahagian VIII.”.

56. Pindaan seksyen 104

Feedback & support

Seksyen 104 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (d)—

(i)

dengan memotong perkataan “yang didapati berada di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu;

(b)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f) bahawa mana-mana orang yang didapati berada di dalam atau bersebelahan dengan kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tempat pengambilan hasil hutan telah berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah

Akta ini, telah mengambil hasil hutan itu; dan

(g)

bahawa mana-mana jentera, peralatan atau pengangkut yang dinyatakan dalam

Jadual Keenam yang didapati berada di dalam atau bersebelahan dengan kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tempat pengambilan

Perhutanan Negara (Pindaan)

35

hasil hutan telah berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, telah digunakan untuk mengambil hasil hutan.”.

Report