Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Bahagian VIII.”.

60. Pindaan seksyen 111

Feedback & support

Subseksyen 111(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan

“pemegang lesen dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen” dengan perkataan

“pemegang lesen atau pemegang lesen kecil dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil”;

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:

“(ha) menetapkan bentuk suatu pas selain pas pemindah dan mengadakan peruntukan bagi pengeluaran, pengemukaan dan pemulangan pas itu;”;

(c)

dengan menggantikan perenggan (s) dengan perenggan yang berikut:

“(s) mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pentadbiran, pembangunan dan aktiviti hutan simpanan kekal yang dikelaskan di bawah subseksyen 10(1);”;

Perhutanan Negara (Pindaan)

(d)

dengan memasukkan selepas perenggan (u) perenggan yang berikut:

“(ua) menetapkan cara untuk menjalankan suatu siasatan awam sebelum Pihak Berkuasa Negeri mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal;”; dan

(e)

dalam perenggan (v), dengan menggantikan perkataan

“dengan syarat penalti itu tidak melebihi penalti yang telah ditetapkan oleh seksyen 87” dengan perkataan

“dengan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”.

Report