Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IV · Majlis Pengukuran Kebangsaan
13. Penubuhan Majlis Pengukuran Kebangsaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu Majlis yang dikenali sebagai “Majlis Pengukuran
Kebangsaan” ditubuhkan yang terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi;
seorang wakil daripada Kementerian;
seorang wakil daripada Makmal Standard Pengukuran
Kebangsaan;
dua orang lain yang mewakili Kerajaan, yang hendaklah dilantik daripada kalangan mereka yang terlibat dalam standard pengukuran dan teknologi pengukuran; dan
tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang bersesuaian dalam perkara yang berhubungan dengan standard pengukuran dan teknologi pengukuran.
Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Pengerusi daripada kalangan anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(b)
hingga (e).
Fungsi Majlis adalah—
untuk menasihati Menteri tentang segala perkara yang berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti sistem pengukuran; dan 14
Undang-Undang Malaysia
untuk menasihati Menteri dan mengemukakan syor untuk pertimbangan dan kelulusan Menteri berkenaan dengan perkara pengukuran yang—
boleh mempertingkatkan keyakinan antarabangsa dalam sistem pengukuran kebangsaan di Malaysia;
boleh menyokong obligasi Malaysia di peringkat antarabangsa berkenaan dengan aktiviti pengukuran;
boleh memudahkan dasar kerajaan dalam perdagangan negara dan antarabangsa, perkara perundangan atau hubungan antarabangsa;
boleh menjaga kepentingan awam dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar;
membolehkan penyelidikan dan pembangunan saintifik dijalankan; dan
memudahkan pembangunan ekonomi yang bermanfaat kepada Malaysia.
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi Majlis.