Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian V
Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian V
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa yang sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan semua atau mana-mana maksud yang berikut:
untuk menetapkan nama, simbol, takrif dan penggunaan unit perolehan pengukuran;
untuk menetapkan nama, simbol, takrif dan penggunaan gandaan dan subgandaan untuk digunakan bersama dengan unit asas dan unit perolehan pengukuran;
untuk menetapkan penggunaan unit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
Sistem Pengukuran Kebangsaan 15
untuk menetapkan kehendak dan tafsiran kebolehkesanan pengukuran;
untuk menetapkan kehendak bagi kelulusan sesuatu alat pengukur;
untuk menetapkan berkenaan dengan suatu organisasi yang dilantik di bawah subseksyen 12(1)—
tugas dan kuasa organisasi itu;
terma dan syarat organisasi itu; dan
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pelantikan organisasi itu;
untuk menetapkan fi dan caj lain;
untuk memperuntukkan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Makmal Standard
Pengukuran Kebangsaan di bawah peruntukan Akta ini.