Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian V

16. Kecualian

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan kesahan apa-apa pengukuran yang telah dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau oleh apa-apa kelengkapan, peranti, alat atau mesin yang telah ditetapkan sebagai alat pengukur di bawah mana-mana undang-undang sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini.

(2)

Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini prosiding yang melibatkan pengukuran telah bermula atau belum selesai, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah Akta yang di bawahnya prosiding itu dimulakan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

16

Undang-Undang Malaysia

Report

Schedules