Seksyen 16
Kerahsiaan dan penalti
of Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
ActIn forceProvision 18 of 23
Seksyen 16
(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun ahli, pegawai atau pekhidmat Majlis boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu urusan yang telah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana ahli yang dengan diketahuinya melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.