Skip to content

Seksyen 18

Perlindungan terhadap prosiding undang-undang

of Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971

ActIn forceProvision 20 of 23
Seksyen 18
(1)

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan atas sifat diri sendiri seseorang ahli

Majlis atau Lembaga atau terhadap Ketua Pengarah, pegawai

Majlis atau Lembaga atau terhadap seseorang pengarah, pegawai atau pekhidmat yang dilantik oleh Lembaga berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan atau sesuatu pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau dalam melaksanakan atau bagi maksud melaksanakan Akta ini.

(2)

Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan semata-mata oleh sebab peruntukan seksyen ini, Majlis bertanggungan setakat yang Majlis akan bertanggungan jika orang itu seorang pekhidmat atau ejen Majlis.