Seksyen 21
of Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
ActIn forceProvision 23 of 23
Seksyen 21
(1)
Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui kongsinya, sesuatu syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak dengan, untuk atau bagi pihak Majlis boleh diambil kerja sebagai pegawai atau penjawat Majlis.
(2)
Seseorang pegawai atau pekhidmat yang dilantik oleh
Lembaga dan yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa diberi notis.