National Trust Fund Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011
11. Akaun dan audit
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Panel hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun dan rekod lain yang sempurna berkenaan dengan penjalanan
Kumpulan Wang dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.
Panel hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangannya, menyebabkan akaun Kumpulan
Wang diauditkan oleh Ketua Audit Negara.
Pada akhir setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun
Kumpulan Wang telah diauditkan, Panel hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun itu dikemukakan kepada Menteri, berserta dengan satu salinan pemerhatian yang dibuat oleh Ketua
Audit Negara atas mana-mana penyata akaun atau atas akaun amnya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 339