National Trust Fund Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011
7. Pelaburan wang Kumpulan Wang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Panel boleh melaburkan wang yang ada dalam kredit
Kumpulan Wang—
sebagai deposit di mana-mana bank, di dalam atau di luar Malaysia, dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit;
dalam mana-mana daripada pelaburan yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] atau
*Akta Pelaburan Pemegang Amanah 1965 [Akta 36
tahun 1965];
dalam sekuriti dengan kadar bunga tetap atau boleh berubah dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit yang dikeluarkan atau akan dikeluarkan oleh Malaysia, mana-mana negara asing yang menjadi anggota OECD, mana-mana institusi di mana sekuriti itu dijamin penuh oleh mana-mana negara yang menjadi anggota OECD, atau mana-mana institusi kewangan antarabangsa:
Dengan syarat bahawa tempoh kematangan mana-mana sekuriti sedemikian yang didenominasikan dalam mata wang asing tidak boleh melebihi sepuluh tahun;
dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank dan perakuan deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit dengan tempoh kematangan tidak melebihi satu tahun;
dalam pinjaman, mengikut terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang, kepada Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;
dalam pinjaman, mengikut terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang, kepada mana-mana pihak berkuasa atau perbadanan awam yang Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan di dalamnya;
*CATATAN ─ Akta Pelaburan Pemegang Amanah 1965 [Akta 36 tahun 1965] telah disatukan dengan
Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208].
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 339
dalam pendahuluan bagi maksud membantu pencarigalian dan pembangunan mineral dan penanaman, pemprosesan atau pemasaran apa-apa keluaran utama kepada—
mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di
Persekutuan; dan
mana-mana koperasi yang terlibat dalam kerja perlombongan, perladangan, pertanian, perkebunan atau perikanan;
dalam logam berharga termasuk emas, perak, platinum dan paladium; dan
sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh Menteri.
Dalam memberikan apa-apa kebenaran di bawah seksyen ini
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Jumlah pelaburan yang disebut dalam perenggan (1)(f) dan
tidak boleh pada bila-bila masa melebihi dua puluh peratus daripada aset boleh lupus Kumpulan Wang.
Pelaburan yang disebut dalam perenggan (1)(e) tidak boleh pada bila-bila masa melebihi lima peratus daripada asset boleh lupus Kumpulan Wang.