Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

2. Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“OECD” ertinya Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan

Ekonomi;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 339

“Panel” ertinya Panel Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“sekuriti” termasuklah saham, wang, syer dan bon, dan debentur dan surat cara lain yang mewujudkan atau membuktikan suatu gadaian atau lien pada aset.

Report