Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian VI · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

38. Anggota Panel Kumpulan Wang Amanah Negara disifatkan dilantik sebagai anggota Lembaga

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, merupakan Pengerusi atau anggota lain

Panel Kumpulan Wang Amanah Negara yang dilantik di bawah

Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dilantik sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Apa-apa tempoh semasa seseorang itu berkhidmat sebagai anggota Panel Kumpulan Wang Amanah Negara hendaklah diambil kira dalam menentukan tempoh perkhidmatannya sebagai anggota

Lembaga di bawah Akta ini.

Report