Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian VI · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

40. Pemindahan aset dan harta

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini dan apa-apa arahan oleh Menteri, segala aset dan apa jua harta lain, hak dan liabiliti yang Panel

Kumpulan Wang Amanah Negara berhak atau tertakluk, yang, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terletak hak pada Panel Kumpulan Wang Amanah Negara atau pada mana-mana orang bagi pihak Panel Kumpulan Wang Amanah

Negara hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terletak hak pada Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan).

Kumpulan Wang Amanah Negara 27

(2)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak pada Kumpulan

Wang Amanah Negara (Diperbadankan) menurut kuasa subseksyen (1)

boleh, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Kumpulan Wang Amanah Negara

(Diperbadankan) untuk memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat oleh subseksyen itu.

(3)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak pada Kumpulan

Wang Amanah Negara (Diperbadankan) menurut kuasa subseksyen (1)

boleh, pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan)

atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Kumpulan Wang

Amanah Negara (Diperbadankan) untuk memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat oleh subseksyen itu.

Report