Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

49. Pindaan seksyen 66

Feedback & support

Seksyen 66 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen 2—

(i)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “penelitian,” perkataan “kelayakan semula,”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(ba) menetapkan kehendak berkenaan dengan apa-apa loji bagi maksud skim pemeriksaan khas di bawah seksyen 27f;”;

(iii)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan

“atau menandakan” dengan perkataan “, menandakan atau membekalkan maklumat tentang”;

Undang-Undang Malaysia 40

(iv)

dalam perenggan (h), dengan memasukkan selepas perkataan “kejadian berbahaya”

perkataan “dan untuk meminimumkan risiko dan untuk mengurangkan kesannya”;

(v)

dalam perenggan (j), dengan menggantikan perkataan “pakaian atau kelengkapan perlindungan” dengan perkataan “kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan kemudahan pemantauan dan pengujian;

(vi)

dalam perenggan (l), dengan memasukkan sebelum perkataan “kesihatan” perkataan

“keperluan ergonomik, fisiologi dan psikologi dan”;

(vii)

dalam perenggan (m), dengan memasukkan selepas perkataan “kebajikan” perkataan

“, keselamatan dan kesihatan”;

(viii)

dalam perenggan (p), dengan memotong perkataan “36 atau”;

(ix)

dalam perenggan (t), dengan menggantikan perkataan “mengambil kerja” dengan perkataan

“melantik”; dan

(x)

dengan memasukkan selepas perenggan (t)

perenggan yang berikut:

“(ta) menetapkan kehendak dan cara bagi pemberitahuan tentang pengusahaan, perancangan dan pengurusan reka bentuk apa-apa aktiviti di tempat kerja;

(tb)

menetapkan masa apabila dan cara bagaimana orang kompeten dikehendaki untuk mengambil alih atau mengawal apa-apa loji, tempat kerja, proses, bahan dan aktiviti, dan apa-apa kehendak yang berhubungan dengannya;” dan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.

Report