51. Seksyen baharu 67a dan 67b
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 67
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk mengecualikan 67a. (1) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana loji, bahan, proses, orang atau tempat kerja, atau kelas orang atau kelas tempat kerja, daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Pengecualian di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.
Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah atau membatalkan suatu pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Kuasa untuk meminda Jadual 67b. Kecuali bagi Jadual Pertama, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual-Jadual kepada Akta ini.”.