54. Jadual baharu Keempat dan Kelima
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketiga jadual yang berikut:
“Jadual Keempat
[Subseksyen 3(1)]
1.
Kecederaan badan yang serius 2.
Emaskulasi 3.
Kehilangan penglihatan yang kekal salah satu mata 4.
Kehilangan pendengaran yang kekal salah satu telinga 5.
Kehilangan mana-mana anggota atau sendi 6.
Kemusnahan atau kerosakan kekal kekuatan mana-mana anggota atau sendi 7.
Kecacatan yang kekal pada kepala atau muka
Patah atau terkehel tulang
Undang-Undang Malaysia 44 8.
Akta A1648 9.
Amputasi lengan, tangan, jari, ibu jari, kaki, tapak kaki atau ibu jari kaki
Apa-apa kecederaan yang menghancurkan kepala atau torso yang menyebabkan kerosakan kepada otak atau organ dalaman di dada atau abdomen
10. Apa-apa kecederaan luka terbakar (termasuk kulit melecur/apa-apa kecederaan di kulit kepala) yang—
meliputi lebih 10% daripada jumlah keseluruhan kawasan permukaan badan; atau
menyebabkan kerosakan yang ketara pada mata, sistem pernafasan atau organ penting lain
11. Apa-apa tahap melecur yang memerlukan rawatan daripada pengamal perubatan yang berdaftar
12. Apa-apa kecederaan lain yang timbul daripada bekerja dalam ruang tertutup yang menyebabkan hipotermia atau penyakit yang disebabkan haba
13. Hilang kesedaran yang disebabkan oleh kecederaan kepala atau asphyxia
(kekurangan oksigen)
14. Kecederaan elektrik
15. Hilang kesedaran atau sakit akut daripada penyerapan, penyedutan atau pengingesan apa-apa bahan yang memerlukan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar
16. Apa-apa hal tentang keadaan tidak sihat akut jika terdapat sebab untuk mempercayai bahawa hal ini ialah akibat daripada pendedahan kepada patogen terasing atau bahan yang dijangkiti
17. Apa-apa kecederaan atau luka terbakar lain yang berhubungan dengan kerja yang mengakibatkan orang yang tercedera dimasukkan ke dalam hospital dengan serta-merta selama lebih daripada 24 jam
Jadual Kelima
[Perenggan 31b(1)(a)]
1.
Aktiviti
Untuk memasang siap, memasang, mendirikan, membuka, menguji, memeriksa, menyenggara, membaiki atau menservis apa-apa loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan
2. Untuk mengendalikan, menangani atau menjaga mana-mana loji
3. Untuk menjalankan pengawasan perubatan dan pemeriksaan kesihatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan)
45
4. Untuk menjalankan pentaksiran risiko kesihatan bagi apa-apa bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan
5. Untuk menjalankan pentaksiran kualiti udara dalaman
6. Untuk memantau atau menguji persekitaran kerja, loji atau tempat kerja termasuk pemantauan pendedahan kimia, pemantauan bunyi dan ujian audio metrik
7. Untuk menjalankan apa-apa latihan, pentaksiran atau penelitian bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan”.