Skip to content
In forceUpdated to 31 Mar 2026Read it in English

Bahagian V

38. Section 38

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dalam waktu perniagaan biasa, memasuki premis yang seseorang orang berdaftar menjalankan amalan optometri atau yang mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang menjalankan amalan optometri dan—

(a)

boleh memeriksa apa-apa dokumen, radas atau artikel yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu;

(b)

jika seseorang menjalankan amalan optometri tanpa berdaftar di bawah Akta ini, boleh menyita apa-apa dokumen, radas atau artikel yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu; dan

(c)

boleh menghendaki supaya maklumat, yang berhubungan dengan amalan itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh orang diberi kuasa itu diberikan kepadanya.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengugut, menghalang atau mengganggu orang diberi kuasa melaksanakan tugas orang diberi kuasa itu;

Optik 31

(b)

enggan membenarkan orang diberi kuasa memeriksa apa-apa dokumen, radas atau artikel;

(c)

enggan menunjukkan apa-apa dokumen, radas atau artikel untuk diperiksa oleh orang diberi kuasa;

(d)

enggan menyerahkan apa-apa dokumen, radas atau artikel kepada orang diberi kuasa;

(e)

enggan memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh orang diberi kuasa; atau

(f)

cuba melakukan mana-mana perbuatan di atas, melakukan suatu kesalahan.

(3)

Jika seseorang orang diberi kuasa menyita apa-apa dokumen, radas atau artikel, dia hendaklah memberikan resit yang bertandatangan bagi dokumen, radas atau artikel itu.

(4)

Mana-mana orang yang menjalankan kuasa di bawah seksyen ini hendaklah menunjukkan surat pemberikuasaannya apabila diminta.

Report