Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan di bawah Akta ini dan pada amnya untuk melaksanakan tujuan dan maksud Akta ini.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau kesemua yang berikut:
tugas Pendaftar;
bentuk Daftar, isi kandungannya dan cara menyimpannya;
fi yang kena dibayar di bawah Akta ini dan apa-apa pengecualian daripadanya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri;
bentuk dan cara permohonan pendaftaran dan permohonan perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat;
cara membuktikan kelayakan untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris;
pengurusan harta Majlis dan pengauditan akaunnya;
tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan siasatan yang diadakan di bawah Akta ini;
tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan rayuan di bawah seksyen 25;
tatacara bagi pemilihan anggota Majlis;
Optik 33
cara menjalankan peperiksaan dan perkara yang akan diperiksa;
cara kursus latihan yang disebut dalam seksyen 30 hendak dijalankan dan sukatan pelajaran bagi kursus itu;
bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini.