19. Seksyen baharu 31a
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31
seksyen yang berikut:
“Salinan permohonan paten atau paten yang diperakui atau tidak diperakui 31a. Pemunya paten atau pemohon paten boleh membuat permintaan kepada Pendaftar bagi suatu salinan yang diperakui atau tidak diperakui bagi apa-apa borang atau dokumen berkenaan dengan permohonan paten atau patennya yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Paten dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”.