Seksyen 33
Seksyen 39 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“Penyerahhakan dan perpindahan permohonan paten dan paten” dengan perkataan “Penyerahhakan, perpindahan dan transaksi kepentingan bercagar”;
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1649
(b)
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “dipindahkan” perkataan “dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain”;
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Suatu paten boleh menjadi subjek kepentingan bercagar dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain.”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Mana-mana orang yang menjadi pihak dalam transaksi kepentingan bercagar berkenaan dengan suatu paten boleh memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bagi merekodkan transaksi kepentingan bercagar itu dalam Daftar.
(2b)
Apa-apa kepentingan bercagar berkenaan dengan suatu paten boleh dikuatkuasakan dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain.”;
(e)
dalam subseksyen (3) dan (4), dengan menggantikan perkataan “atau perpindahan” dengan perkataan
“, perpindahan atau transaksi kepentingan bercagar”; dan
(f)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Pendaftar boleh meminda apa-apa butir yang berhubungan dengan transaksi kepentingan bercagar dalam Daftar atas permohonan mana-mana orang yang merupakan pihak dalam transaksi kepentingan bercagar itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(6)
Pendaftar boleh mengeluarkan transaksi kepentingan bercagar yang direkodkan itu daripada
Daftar atas permohonan mana-mana orang yang merupakan pihak dalam transaksi kepentingan bercagar itu mengikut cara yang ditetapkan.”.
Paten (Pindaan)
23
Pindaan Bahagian X