Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian I · Permulaan
5. Tanggungan pemegang pajak gadai kerana perbuatan ejen atau pekhidmat
Feedback & supportApabila mana-mana pemegang lesen boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama kerana tiap-tiap satu perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran mana-mana ejen atau pekhidmat yang diambil kerja dengannya dalam masa menjalankan perniagaannya sebagai pemegang lesen itu.
Pemegang Pajak Gadai 11
Tiap-tiap ejen atau pekhidmat yang diambil kerja dengan mana-mana pemegang lesen dalam masa menjalankan perniagaannya sedemikian boleh juga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkarannya, dikenakan tiap-tiap hukuman atau penalti yang dinyatakan bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang berlawanan dengan peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya seolah-olah ejen atau pekhidmat itu ialah pemegang lesen.