Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Act of Parliament

Pawnbrokers Act 1972

Feedback & supportRegulating pawnbroking and protecting pawners and pledged goods

In plain English

Not legal advice

This Act regulates and controls the business of pawnbroking. It also protects people who pawn goods and the items they pawn in the course of that business.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akaun Amanah Disatukan” ertinya Akaun Amanah Persekutuan

Disatukan yang disenggarakan menurut perenggan 7(c) dalam Akta

Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 8

“Akaun Hasil Disatukan” ertinya Akaun Hasil Persekutuan

Disatukan yang disenggarakan menurut perenggan 7(a) dalam Akta

Tatacara Kewangan 1957;

“buku pemegang pajak gadai” ertinya buku yang disebut dalam seksyen 14;

“Inspektor” ertinya Inspektor Pemegang Pajak Gadai yang dilantik di bawah subseksyen 3A(1);

“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 9;

“pegawai polis” ertinya pegawai polis kanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pelelong berlesen” ertinya mana-mana orang yang diberi lesen dengan sempurnanya untuk menjalankan jualan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan jualan secara lelong awam;

“pemajak gadai” ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk pajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai;

“pemegang lesen” ertinya mana-mana pemegang pajak gadai yang telah diberi lesen di bawah seksyen 9;

“pemegang pajak gadai” ertinya orang yang menjalankan perniagaan pemajakgadaian;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pemegang Pajak Gadai yang dilantik di bawah subseksyen 3A(1);

“Perniagaan pemegang pajak gadai” termasuklah perniagaan mengambil barang sebagai pajak gadai;

“premis” ertinya tempat seseorang menjalankan perniagaan sebagai pemegang pajak gadai;

“sandaran” ertinya apa-apa harta perseorangan yang ketara selain daripada hak dalam tindakan, hakmilik, sekuriti atau keterangan bercetak mengenai keberhutangan, yang disimpan atau diserahkan ke dalam milikan seseorang pajak gadai;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah seksyen 1.

Pemegang Pajak Gadai 9

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

menerima atau mengambil daripada mana-mana orang jua pun apa-apa barang sebagai cagaran terhadap pembayaran balik apa-apa jumlah wang, tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit, yang didahulukan atas cagaran itu; atau

(b)

membeli atau menerima atau mengambil barangan dan membayar atau mendahulukan atau meminjamkan atasnya apa-apa jumlah wang, tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit, dengan atau di bawah sesuatu perjanjian atau persefahaman yang dinyatakan atau tersirat atau yang dari keadaan dan jenis urusan itu dapat disimpulkan dengan munasabah bahawa barangan itu boleh kemudiannya ditebus atau dibeli kembali mengikut apa-apa syarat, hendaklah disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barangan sebagai pajak gadai, dan tiap-tiap transaksi, barang, bayaran, pendahuluan dan pinjaman itu masing-masing hendaklah disifatkan sebagai pemajakgadaian, sandaran atau pinjaman dalam erti Akta ini.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1209)

BAHAGIAN IA

PENTADBIRAN

(1)

Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh melantik seorang

Pendaftar Pemegang Pajak Gadai dan apa-apa bilangan Timbalan

Pendaftar Pemegang Pajak Gadai, Inspektor Pemegang Pajak Gadai, pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri daripada kalangan anggota perkhidmatan awam.

(2)

Pendaftar dan Timbalan Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepada seseorang Inspektor oleh atau di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 10

(1)

Pendaftar boleh, secara bertulis, mewakilkan kesemua atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasanya untuk membuat pewakilan, kepada mana-mana Timbalan Pendaftar atau Inspektor yang dilantik di bawah subseksyen 3A(1).

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Pendaftar boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah

Akta ini berkenaan dengan penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini dan penguatkuasaan peruntukan Akta ini kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai sesuatu pihak berkuasa tempatan.

(3)

Mana-mana pewakilan di bawah subseksyen (1) atau (2)

boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pendaftar dan tidak menghalang Pendaftar daripada menjalankan sendiri kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan sedemikian.

BAHAGIAN IB

PELUASAN TANGGUNGAN PEMEGANG PAJAK GADAI

DAN HAK PEMAJAK GADAI KEPADA ORANG

TERTENTU

s 4Pemakaian Akta bagi wasi, dsb., bagi pemegang pajak gadai

Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pemegang lesen hendaklah diperluas kepada dan meliputi wasi atau pentadbir pemegang lesen yang telah mati, kecuali bahawa seseorang wasi atau pentadbir tidak bertanggungjawab sendiri atau daripada harta pusakanya sendiri bagi apa-apa penalti atau pelucuthakan, melainkan jika penalti atau pelucuthakan itu dikenakan kerana perbuatan atau keabaiannya sendiri.

(1)

Apabila mana-mana pemegang lesen boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama kerana tiap-tiap satu perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran mana-mana ejen atau pekhidmat yang diambil kerja dengannya dalam masa menjalankan perniagaannya sebagai pemegang lesen itu.

Pemegang Pajak Gadai 11

(2)

Tiap-tiap ejen atau pekhidmat yang diambil kerja dengan mana-mana pemegang lesen dalam masa menjalankan perniagaannya sedemikian boleh juga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkarannya, dikenakan tiap-tiap hukuman atau penalti yang dinyatakan bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang berlawanan dengan peruntukan

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya seolah-olah ejen atau pekhidmat itu ialah pemegang lesen.

s 6Peluasan hak, dsb., pemajak gadai kepada penerima serah hak, wasi, dsb

Hak, kuasa dan faedah di bawah Akta ini yang dikhaskan dan diberikan kepada pemajak gadai hendaklah diperluas kepada, dan disifatkan sebagai dikhaskan dan diberikan kepada, penerima serah hak pemajak gadai, dan kepada wasi atau pentadbir pemajak gadai yang telah mati; tetapi mana-mana orang yang menyatakan dirinya kepada seseorang pemegang lesen sebagai penerima serah hak, wasi atau pentadbir seseorang pemajak gadai hendaklah, jika dikehendaki oleh pemegang lesen itu, mengemukakan kepadanya suratan serah hak, probet, surat kuasa mentadbir pusaka atau surat cara lain yang di bawahnya dia membuat tuntutan.

Bahagian II

Lesen Pemegang Pajak Gadai

Bahagian III

Pemajakgadaian dan Penebusan

Bahagian IV

Mencegah Urusan yang Menyalahi

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules