Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pemajakgadaian dan Penebusan
14. Mencatatkan transaksi pemajakgadaian dalam buku dan mengeluarkan surat pajak gadai
Feedback & support(1)
Apabila menerima mana-mana barang sebagai pajak gadai, tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mencatatkan dalam suatu buku, butir-butir mengenai transaksi, sandaran dan pemajak gadai, termasuk nama dan alamatnya, yang akan ditetapkan melalui peraturan-peraturan dan menyerahkan kepada pemajak gadai suatu surat pajak gadai mengikut bentuk yang ditetapkan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.