Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IV · Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia
26. Panel Pelaburan
Feedback & supportSebagai tambahan kepada peruntukan yang terkandung dalam Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan, maka hendaklah ditubuhkan suatu Panel Pelaburan yang hendaklah, tertakluk kepada apa-apa arahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Perbadanan, bertanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengan pelaburan Kumpulan Wang.
Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada—
Pengerusi Lembaga atau orang yang sedang melaksanakan fungsi Pengerusi Lembaga, sebagai pengerusi;
dua orang anggota yang dilantik oleh Lembaga daripada kalangan anggotanya;
Ketua Eksekutif;
seorang wakil Kementerian Kewangan;
seorang wakil Bank Negara Malaysia; dan
dua orang lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan kewangan yang dilantik oleh Menteri.
Seseorang yang dilantik mengikut perenggan (2)(f) hendaklah berkhidmat bagi tempoh dua tahun dari tarikh pelantikannya.
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi anggota
Panel Pelaburan.