Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran dan Levi Pembangunan Sumber Manusia

13. Kewajipan majikan untuk mendaftar dengan Perbadanan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap majikan yang baginya Akta ini terpakai hendaklah mendaftar dengan Perbadanan dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Jika mana-mana orang terhenti menjadi seorang majikan di bawah Akta ini, dia hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari masa dia terhenti sedemikian, memberitahu Perbadanan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad 17

(5)

Perbadanan hendaklah menyenggarakan suatu daftar kesemua majikan yang didaftarkan di bawah Akta ini, berserta dengan suatu rekod (termasuk cetakan komputer) apa-apa pembayaran yang dibuat.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja.

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah dengan serta-merta naik kepada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja.

Bahagian IV

Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules